Berikutan kontroversi dan kesangsian peminat-peminat yang melanda Johan Asari, Lana Nordin dan Shila Amzah secara tiba-tiba, terbaru Lana Nordin kini menafikan dia menggunakan ilmu hitam ke atas Johan Asari untuk mendapatkan cinta kekasihnya.
Menerusi Utusan Malaysia, Lana Nordin menambah hubungan dirinya dan Johan Asari dibentuk atas cinta yang ikhlas, dan dengan tenang memberitahu keterbukaan Johan Asari menerima dirinya menyakinkan dia untuk meneruskan hubungan di antara dirinya dan Shila Amzah.
“Saya tidak gunakan ilmu hitam, memang kalau ikutkan tiga hari itu agak sekejap, saya juga terkejut dia boleh menyukai saya dalam waktu yang singkat.“Soal jodoh kami serahkan kepada Allah sebab itu kami masih belum tentukan lagi tarikh pertunangan atau perkahwinan,” katanya.
Read more: http://hangat.my/2013/12/01/lana-nordin-guna-ilmu-hitam-pikat-hati-johan-asari/#ixzz2mayvdGVW
